DENDENG EMPULUR NANAS
KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
1 view · Published November 1, 2026
About the Project
Projek Dendeng Empulur Nanas merupakan satu inovasi produk makanan yang dihasilkan menggunakan empulur nanas sebagai bahan utama. Projek ini bertujuan untuk mengurangkan pembaziran sisa pertanian dengan memanfaatkan empulur nanas yang sering dibuang selepas proses pemprosesan buah nanas. Selain itu, produk ini dihasilkan bagi memperkenalkan alternatif baharu kepada dendeng konvensional yang berasaskan daging. Empulur nanas mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin C, antioksidan, serat makanan dan enzim bromelain. Projek ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang nilai nutrisi empulur nanas serta mempelbagaikan produk makanan berasaskan bahan alternatif yang berpotensi untuk dikomersialkan.