INTEGRASI PROJEK IoT BERASASKAN ARDUINO MELALUI PENYELIAAN BERKALA BAGI MEMAKSIMUMKAN KEFAHAMAN, KEPUASAN, DAN KEMAHIRAN PRAKTIKAL (ELECTRONIC ASSEMBLY) PELAJAR KURSUS ITT270 DIGITAL ELEKTRONIK
UiTMKelantan
1 view · Published October 24, 2026
About the Project
Inovasi pengajaran ini diperkenalkan untuk mengatasi isu kesukaran pelajar dalam memvisualisasikan konsep abstrak litar logik digital dan ekosistem Internet of Things (IoT) dalam kursus Elektronik Digital (ITT270), khususnya silibus Chapter 11: Basic Internet of Thing. Melalui kaedah pengajaran tradisional yang bersifat satu hala, pelajar didapati cenderung pasif dan mengalami kadar retensi maklumat yang rendah. Inovasi ini mengintegrasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) secara kerja berpasukan (teamwork) yang berstruktur dengan menggunakan papan mikropengawal Arduino sebagai alatan (tool) utama di bawah mekanisma penyeliaan berkala. Penilaian keberkesanan inovasi diukur menggunakan kaedah hibrid melibatkan analisis pra- dan pasca-pembentangan projek serta indeks kepuasan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan anjakan prestasi yang sangat signifikan; pelajar bukan sahaja mahir dalam pemasangan fizikal komponen (electronic assembly) seperti diode, resistor, dan LED, malah mencatatkan tahap kepuasan belajar yang amat tinggi. Kepuasan emosi dan praktikal ini terbukti menjadi pemacu utama (catalyst) yang mempercepatkan pemahaman konseptual IoT dunia nyata serta mengukuhkan kemahiran insaniah pelajar.