Multifunctional Upcycled Bag
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
1 view · Published October 30, 2026
About the Project
Pembuangan bahan promosi seperti bunting selepas tamat tempoh penggunaannya menyumbang kepada peningkatan sisa bahan yang berpotensi untuk digunakan semula. Sehubungan itu, inovasi Multifunctional Upcycled Bag dibangunkan bagi mentransformasikan bunting terpakai kepada produk fesyen yang praktikal, kreatif dan mempunyai pelbagai fungsi. Inovasi ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan bahan terpakai melalui pendekatan upcycling dengan menggabungkan elemen reka bentuk, fungsi dan kelestarian alam sekitar. Proses pembangunan produk melibatkan penghasilan idea, reka bentuk, penyediaan pola, pemotongan bahan, teknik cantuman dan jahitan serta pemasangan komponen tambahan seperti zip dan lanyard terpakai. Keunikan produk ini terletak pada reka bentuk transformasinya yang membolehkan satu produk digunakan sebagai beg galas untuk membawa dokumen bersaiz A3, beg penyimpanan pakaian dan baju hujan mengikut keperluan pengguna. Penghasilan inovasi ini turut memberi penekanan kepada pengoptimuman bahan bagi meminimumkan pembaziran sepanjang proses pengeluaran. Secara keseluruhannya, Multifunctional Upcycled Bag memperlihatkan potensi bunting terpakai untuk diolah menjadi produk pelbagai fungsi yang mempunyai nilai tambah, sekali gus menyokong amalan penggunaan sumber secara bertanggungjawab dan reka bentuk fesyen lestari. Kata kunci: Multifunctional Upcycled Bag, bunting terpakai, upcycling, produk pelbagai fungsi, kelestarian alam sekitar.
More from the same competition
Browse ShowcaseGenLab VR: Development of a Generative AI-Powered Virtual Reality Laboratory Application to Enhance Students’ Scientific Inquiry and Experimental Skills
KOLEJ MATRIKULASI PERAK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MAGIEX26BEYOND THE SCRIPT: COMMUNICATION STRATEGIES IN INTERVIEWS
UiTM Cawangan Kelantan
MAGIEX26Turning Waste into a Sustainable Future
Sekolah Indonesia Kota Kinabalu
MAGIEX26