Skip to main content
MIIX2027

SMART HYDROPONIC SYSTEM

KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

1 view · Published October 27, 2026

About the Project

satu sistem hidroponik automatik berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) melalui integrasi Google Voice Assistant sebagai kawalan suara. Pembangunan sistem ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan tanaman, sekaligus memudahkan pemantauan dan pengawalan parameter penting hidroponik tanpa bergantung sepenuhnya pada pengawasan manual. Dengan menggabungkan pelbagai sensor dan modul pintar, sistem ini menjadi penyelesaian moden kepada cabaran pertanian bandar masa kini. Sistem ini menggunakan ESP32 sebagai mikropengawal utama yang mengurus proses pengumpulan data daripada sensor pH, TDS, turbidity, suhu dan kelembapan (DHT11), serta float switch untuk paras air. Paparan OLED 128x64 digunakan bagi menunjukkan bacaan masa nyata, manakala aplikasi Blynk membolehkan pengguna memantau sistem secara jarak jauh menggunakan internet. Relay digunakan untuk mengawal pam air, sistem misting, dan lampu LED, manakala buzzer pula memberikan maklum balas setiap kali relay dihidupkan atau dimatikan. Dari aspek automasi tenaga, projek ini turut dilengkapi sistem solar yang berfungsi sebagai bekalan kuasa sandaran apabila berlaku gangguan elektrik pada sumber utama. ATS Module digunakan bagi menukar sumber kuasa secara automatik antara power supply dan sistem solar, memastikan operasi kekal stabil tanpa mengganggu kitaran pengairan atau nutrien tanaman. Semua komponen sistem disusun secara kemas menggunakan PCB khusus dan dipasang di dalam control panel untuk memastikan keselamatan, ketahanan, dan pengurusan yang lebih teratur. Selain itu, pembangunan projek ini merangkumi penggunaan pelbagai perisian seperti Arduino IDE untuk penulisan kod, KiCad dan Cirkit Designer untuk reka bentuk PCB, Blynk untuk platform IoT, Sinric Pro untuk integrasi Google Assistant, serta SolidWorks 2024 untuk reka bentuk rak hidroponik. Proses pembangunan ini bukan sahaja menggabungkan ilmu yang dipelajari sepanjang semester terdahulu, tetapi juga melibatkan penerokaan pengetahuan dan penyelesaian masalah melalui sumber tambahan dari internet. Secara keseluruhan, projek ini berjaya menghasilkan satu sistem hidroponik automatik yang cekap, mesra pengguna dan selamat digunakan. Pengintegrasian teknologi IoT, solar, dan kawalan suara menjadikan sistem ini lebih fleksibel, moden dan seiring dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.