APPLE POMACE MUFFIN
KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
2 views · Published October 19, 2026
About the Project
Apple Pomace Muffin merupakan produk inovasi bakeri yang dihasilkan dengan menggunakan hampas epal (apple pomace) sebagai bahan tambahan dalam formulasi muffin. Inovasi ini diperkenalkan bagi meneroka potensi penggunaan hampas epal dalam penghasilan produk bakeri serta mempelbagaikan variasi muffin sedia ada. Penghasilan produk ini melibatkan pemilihan bahan, penyediaan adunan, proses pembakaran dan penilaian kualiti produk. Ciri-ciri seperti rasa, aroma, warna dan tekstur diberi perhatian bagi memastikan muffin yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik serta dapat diterima oleh pengguna. Selain itu, penggunaan apple pomace berpotensi menyumbang kepada kandungan serat makanan dalam produk. Diharapkan inovasi ini dapat menghasilkan produk bakeri yang menarik, berkualiti dan mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai produk komersial.