Skip to main content
iNEXT

CEMPEDAK WHOLEROLL

KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

1 view · Published October 19, 2026

About the Project

Inovasi ini diinspirasikan daripada buah tempatan iaitu buah cempedak yang mempunyai aroma unik serta rasa manis yang kaya. Kami menghasilkan inovasi ini dengan menggabungkan sajian bakeri popular antarabangsa, iaitu cinnamon roll (rodi gulung kayu manis), bersama inti dan limpahan sos cempedak berkrim (cempedak cream glaze). Produk ini disempurnakan lagi dengan parutan keju/cempedak, hiasan cempedak kering (dehydrated cempedak garnish), serta cempedak puree couliss sebagai penyajian hidangan (plating). Kami memilih buah cempedak untuk mempelbagaikan lagi penggunaannya dalam produk bakeri moden serta memberikan nilai tambah kepada buah-buahan tempatan. Penggabungan rasa rempah kayu manis yang aromatik, rasa manis lemak cempedak serta gabungan masin gurih keju menghasilkan profil rasa tropika yang unik dan premium. Inovasi ini sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur dan objektif utamanya adalah untuk memodenkan penggunaan buah cempedak serta memperkayakan variasi produk bakeri berasaskan buah tempatan.

More from the same competition

Browse Showcase