CHEESE CAKE KULIT EPAL
KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
1 view · Published October 21, 2026
About the Project
Cheesecake kulit epal merupakan satu inovasi makanan yang kreatif dan berkhasiat. Produk ini menggunakan kulit epal sebagai bahan tambahan dalam penyediaan kek keju. Kebiasaannya, kulit epal dibuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan, sedangkan kulit epal kaya dengan serat, vitamin dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Dengan menggunakannya dalam pembuatan cheesecake, pembaziran makanan dapat dikurangkan dan nilai pemakanan dapat ditingkatkan. Kulit epal boleh dikeringkan dan dikisar sebelum dicampurkan ke dalam adunan kek. Hasilnya, cheesecake yang dihasilkan mempunyai rasa yang unik, tekstur yang lembut dan aroma yang menyelerakan. Selain itu, kandungan serat membantu melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan. Kesimpulannya, cheesecake kulit epal bukan sahaja enak dimakan malah memberi manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar. Produk ini sesuai dijadikan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat
More from the same competition
Browse ShowcaseBloomShift AI: An AI-Assisted Prompt Engineering Framework to Elevate Higher-Order Thinking Skills in ACCA Accounting Education
Institute of Professional Studies (IPS), Universiti Poly-Tech Malaysia
iNEXTFCOM KPI Evidence System - An AI-Assisted Platform for Verified KPI Evidence Management in Higher Education
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA
iNEXTSilat Board
School of Business and Economics, Universiti Putra Malaysia
iNEXT