CREAMPUFF KELEDEK
KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
No views · Published October 21, 2026
About the Project
Creampuff Keledek berasal daripada gabungan dua bahan utama iaitu krim puff dan ubi keledek. Produk ini diinspirasikan daripada penggunaan ubi keledek sebagai bahan asas dalam pencuci mulut bagi menghasilkan inovasi makanan yang lebih berkhasiat dan unik. Kami menginovasikan ubi keledek ke dalam creampuff untuk menarik minat masyarakat serta meningkatkan penerimaan terhadap rasa dan teksturnya. Ubi keledek mempunyai pelbagai khasiat seperti membantu melancarkan pencernaan, membekalkan tenaga kepada badan, mengawal paras gula dalam darah serta mengurangkan risiko penyakit kronik. Selain itu, ubi keledek juga kaya dengan vitamin A, vitamin C dan serat yang baik untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imun badan. Creampuff Keledek sesuai dimakan pada bila-bila masa dan mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini juga sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat umur bermula daripada kanak-kanak sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ini adalah untuk memperkenalkan produk baharu berasaskan ubi keledek serta mempelbagaikan kegunaan ubi keledek dalam penyediaan pencuci mulut, di samping memastikan masyarakat dapat menerima keunikan rasa dan khasiatnya.
More from the same competition
Browse ShowcaseBloomShift AI: An AI-Assisted Prompt Engineering Framework to Elevate Higher-Order Thinking Skills in ACCA Accounting Education
Institute of Professional Studies (IPS), Universiti Poly-Tech Malaysia
iNEXTFCOM KPI Evidence System - An AI-Assisted Platform for Verified KPI Evidence Management in Higher Education
UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA
iNEXTSilat Board
School of Business and Economics, Universiti Putra Malaysia
iNEXT