CYBER WISE TEAM: PROTECTING KIDS’ DATA AND BUILDING DIGITAL AWARENESS AMONG YEAR 6 STUDENTS
SK SRI SURIA (1)
4 views · Published October 8, 2026
About the Project
Projek Cyber Wise Team: Protecting Kids’ Data and Building Digital Awareness dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan digital dan perlindungan data peribadi dalam kalangan murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1). Projek ini telah dilaksanakan kepada 80 orang murid Tahun Enam sebagai persediaan menghadapi risiko digital sebelum melangkah ke alam remaja. Intervensi menggabungkan pembelajaran berasaskan permainan melalui lima misi interaktif yang menekankan perlindungan maklumat peribadi, kata laluan kukuh, pengesanan penipuan, pengurusan privasi dan tindakan terhadap ancaman siber. Data dikumpulkan melalui tinjauan awal, ujian pra dan ujian pasca serta dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan purata markah meningkat daripada 88.75% dalam ujian pra kepada 98% dalam ujian pasca. Seramai 47 orang murid menunjukkan peningkatan markah, manakala 70 orang murid memperoleh markah penuh dalam ujian pasca. Dapatan ini menunjukkan peningkatan pengetahuan keselamatan digital selepas intervensi. Projek ini berpotensi diperluas sebagai bahan pendidikan keselamatan siber bagi menyokong pembentukan warga digital yang berpengetahuan, berwaspada dan bertanggungjawab melalui penglibatan guru serta keluarga.
More from the same competition
Browse ShowcaseCITRON PASTE
KV ERT SETAPAK
KILIEx 26LOVE THE FUTURE GENERATION: AN E-TOOLKIT TO EMPOWER THE ROLE OF COMMUNITY LEADERS TO PROTECT CHILDREN FROM DRUG ABUSE
Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
KILIEx 26JOM CERITA: Transformasi Literasi Melalui Gamifikasi Digital
SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA
KILIEx 26