INOVASI SENI KREATIF BERASASKAN PENGIKAT MEKANIKAL NAT TERPAKAI SEBAGAI ALTERNATIF BLOK BATIK
FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA
No views · Published September 27, 2026
About the Project
Inovasi ini meneroka penggunaan pengikat mekanikal nat terpakai sebagai alternatif blok batik konvensional. Idea ini berasaskan keperluan untuk menerapkan inovasi bahan, amalan kitar semula dan reka bentuk lestari dalam usaha memperkayakan warisan seni tekstil tradisional Malaysia. Pengikat mekanikal nat terpakai yang lazimnya dilupuskan daripada bengkel kenderaan dipilih, disusun dan dicantum secara modular bagi menghasilkan komposisi serta motif geometri yang berfungsi sebagai alat cetakan batik. Pendekatan penyelidikan melalui proses eksplorasi, eksperimen dan penghasilan beberapa prototaip blok dengan variasi motif yang berbeza. Hasil inovasi menunjukkan bahawa pengikat mekanikal nat terpakai berpotensi diaplikasikan sebagai komponen blok batik serta menghasilkan kesan visual dan corak geometri yang unik. Walaupun terdapat cabaran dari aspek reka bentuk, penyusunan, proses cantuman dan ketahanan, inovasi ini berpotensi mengurangkan kos, memanfaatkan bahan terpakai dan menggalakkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Secara keseluruhannya, inovasi ini menggabungkan seni kreatif, kelestarian, kitar semula dan teknologi guna semula bagi menyokong pemerkasaan warisan batik Malaysia dalam konteks inovasi tempatan dan antarabangsa.