INOVASI TAJWID MUTHALLATH DIGITAL V2.0
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
No views · Published November 1, 2026
About the Project
Pendidikan Tilawah al-Quran merupakan salah satu topik yang termasuk dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Walaupun topik ini diajar sejak dari sekolah rendah lagi namun begitu masih terdapat dalam kalangan pelajar yang tidak menguasai pembacaan al-Quran dengan bertajwid. Oleh yang demikian Inovasi Tajwid Muthallath Digital V2.0 dihasilkan bagi membantu pelajar untuk menguasai hukum nun mati yang banyak terdapat dalam pembacaan ayat al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian eksperimental terhadap 10 orang pelajar di tingkatan 3, di salah sebuah sekolah menengah. Hasil dapatan kajian mendapati dengan menggunakan inovasi Tajwid Muthallath Digital V2.0 pelajar dapat mengenal pasti hukum nun mati dengan baik, melalui ujian pre-test dan post-test. Kajian ini diharap dapat memberi nilai tambah dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dan kualiti pengajaran guru pendidikan Islam di Malaysia.