Intelligent Renewable Energy Management System with ESP32 and IoT Integration
KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
3 views · Published October 26, 2026
About the Project
Projek ini telah diinspirasikan daripada pemerhatian terhadap keperluan sistem tenaga yang fleksibel dan boleh dikawal secara pintar. Projek ini juga dibangunkan berdasarkan objektif utama iaitu mereka bentuk satu sistem tenaga pemboleh ubah menggunakan mikropengawal ESP32 yang mampu mengawal dan memantau penggunaan tenaga secara automatik serta efisien. Tambahan pula, skop kajian turut memberi tumpuan terhadap masalah penggunaan tenaga konvensional yang tidak efisien dan menyebabkan pembaziran sumber tenaga. Melalui penggunaan ESP32, sistem ini dapat menyesuaikan tahap tenaga mengikut keperluan beban secara masa nyata, di samping membolehkan pemantauan dan kawalan dilakukan melalui rangkaian tanpa wayar. Pemilihan komponen dan reka bentuk yang sesuai membantu mengurangkan kehilangan tenaga serta meningkatkan kebolehpercayaan sistem. Hasilnya, projek ini berjaya direalisasikan dan berfungsi dengan baik dalam melaksanakan kawalan tenaga secara automatik berdasarkan perubahan beban yang dikesan. Sistem yang dibangunkan bukan sahaja mampu melaras tahap tenaga secara masa nyata, malah turut menunjukkan kestabilan operasi sepanjang ujian dijalankan. Keberkesanan kawalan automatik ini membuktikan bahawa mikropengawal ESP32 dapat berfungsi sebagai komponen utama yang menyelaras proses pengukuran suhu dan pengiraan voltan. Kesimpulnya, projek ini berjaya mencapai objektif utama dengan membangunkan sistem tenaga pemboleh ubah yang cekap, responsif dan boleh dipantau secara tanpa wayar. Ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa sistem ini berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan mini wind turbine pada motosikal. Sistem ini berpotensi digunakan sebagai penyelesaian tenaga kecil berskala mudah alih, khususnya bagi tujuan pengecasan peranti, penyimpanan tenaga rendah dan aplikasi asas yang memerlukan sumber tenaga tambahan ketika kenderaan bergerak. Secara keseluruhan, projek ini menunjukkan keupayaan untuk menyokong pembangunan sistem tenaga pintar yang lebih efisien dan mampan.
More from the same competition
Browse ShowcaseMyTempah: Sistem Pengurusan Tempahan dan Kemudahan Pintar Berintegrasikan AI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
MAGIEX26INTEGRASI PROJEK IoT BERASASKAN ARDUINO MELALUI PENYELIAAN BERKALA BAGI MEMAKSIMUMKAN KEFAHAMAN, KEPUASAN, DAN KEMAHIRAN PRAKTIKAL (ELECTRONIC ASSEMBLY) PELAJAR KURSUS ITT270 DIGITAL ELEKTRONIK
UiTMKelantan
MAGIEX26HUMAN-VERIFIED GENERATIVE AI IN FYP PROPOSAL DEVELOPMENT
Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)
MAGIEX26