Skip to main content
MAGIEX26

KAJI 2026 (PKSK Bahasa Melayu Ke Tingkatan 4)

Universiti Utara Malaysia

1 view · Published November 1, 2026

About the Project

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan pentaksiran penting bagi murid yang ingin melanjutkan persekolahan ke sekolah khusus di Malaysia. Walau bagaimanapun, keterbatasan bahan latihan digital yang interaktif, mudah diakses dan menyediakan penerangan jawapan menyukarkan pelajar membuat persediaan secara kendiri. Sehubungan itu, inovasi KAJI 2026 (PKSK Bahasa Melayu Ke Tingkatan 4) dibangunkan sebagai aplikasi latihan kendiri interaktif untuk membantu pelajar Tingkatan 3 membuat persediaan menghadapi PKSK, khususnya Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dalam aspek Bahasa Melayu. Modul ini menyediakan lima set latihan yang mengandungi 100 soalan objektif merangkumi kefahaman petikan, tatabahasa, kosa kata, simpulan bahasa, peribahasa dan logik bahasa. Keunikan inovasi ini terletak pada penyediaan maklum balas serta-merta berserta penerangan jawapan, paparan markah, pengelasan soalan mengikut kategori, petunjuk kemajuan dan fungsi pengulangan kuiz. Ciri-ciri tersebut membolehkan pelajar mengenal pasti kelemahan, memperkukuh pemahaman dan menjalani latihan secara berulang mengikut kemampuan masing-masing. Inovasi ini berpotensi menyokong pembelajaran kendiri yang lebih sistematik, meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu serta membina keyakinan pelajar menghadapi PKSK. Daripada aspek pengkomersialan pula, modul ini merupakan tambahan kepada aplikasi KAJI yang telah didaftarkan hak cipta dengan MyIPO dan berpotensi menjana pendapatan melalui pengiklanan dalam aplikasi serta penawaran versi Pro. Inovasi ini juga berpotensi diperluaskan kepada mata pelajaran dan peringkat persekolahan lain serta dimanfaatkan oleh sekolah dan pusat tuisyen sebagai sumber latihan digital.

More from the same competition

Browse Showcase