Skip to main content
iNEXT

MY COORDINATE

SK SELAMAT

1 view · Published October 22, 2026

About the Project

Penguasaan konsep satah Cartes merupakan kemahiran asas matematik yang amat penting, namun pemerhatian awal mendapati murid sering mengalami kekeliruan dalam menentukan kedudukan titik serta melakukan kesilapan pada tatatanda penulisan pasangan tertib (x, y). Bagi menangani isu pembelajaran ini, inovasi bahan bantu mengajar (BBM) yang dinamakan MY COORDINATE telah dibangunkan untuk membantu murid menguasai kemahiran menentukan dan menulis titik koordinat secara tepat dan berkesan. Pelaksanaan inovasi ini melibatkan kumpulan sasaran seramai 12 orang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Selamat, Kunak. MY COORDINATE bertindak sebagai alat manipulatif pembelajaran secara hands-on yang memudahkan murid membuat pergerakan paksi-x (mengufuk) dan paksi-y (mencancang) bermula dari asalan (0, 0). Keberkesanan inovasi ini dinilai menerusi pemerhatian berterusan sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) serta penilaian latihan bertulis. Dapatan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara terhadap kefahaman konsep dan ketepatan tatatanda penulisan koordinat dalam kalangan kesemua 12 orang murid yang disasarkan. Selain meningkatkan mutu PdPc, alat ini berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan, sekali gus mencetuskan minat serta penglibatan aktif murid terhadap pembelajaran matematik. Secara keseluruhannya, MY COORDINATE terbukti praktikal, berimpak positif, dan amat berpotensi untuk disebarluaskan penggunaannya

More from the same competition

Browse Showcase