My Joy Zone
SK TELOK GONG
No views · Published October 2, 2026
About the Project
Projek My Joy Zone (MJZ) merupakan projek STEM yang menghasilkan model taman permainan mesra alam menggunakan bahan kitar semula dan bahan yang mudah didapati di rumah. Projek ini menggalakkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada secara kreatif dalam menghasilkan sebuah model yang menarik. Projek ini mengaplikasikan konsep Matematik dalam topik perimeter dan luas, khususnya menentukan perimeter gabungan dua bentuk poligon sekata serta luas gabungan dua bentuk. Melalui proses pembinaan model, murid terlibat dalam aktiviti penerokaan, penyelesaian masalah, mereka bentuk dan penilaian hasil projek. Penggunaan bahan kitar semula turut memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, mengurangkan pembaziran dan menjimatkan kos. Secara keseluruhannya, projek My Joy Zone mengintegrasikan elemen STEM serta menjadikan pembelajaran Matematik lebih praktikal, menyeronokkan, kreatif dan bermakna dalam kehidupan seharian.