OKU HANDLE BICYCLE ADAPTER
KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
About the Project
Alat OKU Bicycle Adapter merupakan satu inovasi yang dibangunkan khusus untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menggunakan basikal dengan lebih selamat, selesa dan yakin. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis ciri-ciri terbaik OKU Bicycle Adapter berdasarkan aspek kecekapan, keberkesanan dan kebolehpercayaan melalui pendekatan metodologi penyelidikan kualitatif. Beberapa model OKU Bicycle Adapter telah diuji dan dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa faktor seperti kestabilan, tahap keselamatan serta kesesuaian reka bentuk memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong keupayaan dan keselesaan pengguna OKU semasa berbasikal. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pengguna dalam membuat pemilihan OKU Bicycle Adapter yang sesuai, selain menjadi rujukan kepada pengeluar untuk menambah baik reka bentuk serta fungsi produk pada masa akan datang.