Skip to main content
KILIEx 26

Pantry Tracker - Urus Dapur Anda Dengan Lebih Pintar

FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN,

No views · Published September 22, 2026

About the Project

Ketidakstabilan rantaian bekalan dunia dan kaedah pengurusan inventori secara manual sering mengakibatkan pembaziran makanan dalam kalangan isi rumah, kegagalan memantau tarikh luput dengan tepat serta kekurangan persediaan bekalan makanan domestik. Bagi mengatasi masalah tersebut, Pantry Tracker dibangunkan sebagai aplikasi mudah alih rentas platform yang bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan inventori rumah tangga dan memaksimumkan penggunaan sumber yang tersedia. Aplikasi ini menggunakan seni bina reaktif Cloud Firestore dengan sub-koleksi pengguna yang diasingkan bagi memastikan pengurusan data lebih teratur. Sistem ini menyediakan penapisan data secara masa nyata bagi menjana pemberitahuan automatik berkaitan stok yang hampir habis dan produk yang menghampiri tarikh luput. Pembangunan Pantry Tracker menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12, khususnya Sasaran 12.3 berkaitan pengurangan pembaziran makanan, di samping menyumbang kepada SDG 2 dalam aspek keterjaminan makanan dan selari dengan Dasar Keterjaminan Makanan Negara di bawah Kerangka Ekonomi MADANI. Secara keseluruhannya, aplikasi ini membantu mengubah bahan makanan yang berisiko luput kepada hidangan yang boleh dimanfaatkan, sekali gus mengurangkan penghasilan sisa makanan isi rumah dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan keluarga dalam menghadapi gangguan bekalan melalui sebuah sistem mudah alih yang menyeluruh, praktikal dan boleh dikembangkan.

More from the same competition

Browse Showcase