PENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM BERASASKAN PEMIKIRAN SHAH WALI ALLAH AL-DIHLAWI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
3 views · Published October 8, 2026
About the Project
Kesihatan mental dan kesejahteraan jiwa memerlukan pendekatan holistik yang menyepadukan dimensi spiritual dan kognitif. Kajian ini bertujuan untuk membentuk kerangka psikoterapi Islam berasaskan pemikiran Shah Wali Allah al-Dihlawī. Kajian kualitatif ini menggunapakai kaedah analisis kandungan terhadap teks dan karya pemikiran al-Dihlawī mengenai hakikat jiwa, penyakit batin, dan proses penyucian jiwa. Dapatan kajian mendapati bahawa psikoterapi al-Dihlawī berteraskan usaha mengembalikan keseimbangan antara kecenderungan Bahīmiyyah (nafsu) dan Malakīyyah (akal dan ketaatan). Proses penyembuhan dikenal pasti melalui pengatasan tiga penghalang utama (Hijāb Nafsu, Hijāb Resam, dan Hijāb Ilmu), intervensi pendidikan nafsu (Islāh dan Insilākh), penyelarasan pusat kuasa batin (Latā'if), serta pembentukan empat akhlak teras (Tohārah, Ikhbāt Lillah, Samāhah, dan ‘Ādil). Hasil amalan kerohanian yang teratur ini melahirkan ketenangan batin (Sakīnah) dan ikatan jiwa (Nisbah), seterusnya mencapai kebahagiaan hakiki (Al-Sa‘ādah Al-Haqīqiyyah). Implikasi kajian ini menyediakan model intervensi psikospiritual berasaskan Islam yang praktikal untuk diintegrasikan dalam bidang kaunseling dan terapi kesihatan mental moden.
More from the same competition
Browse ShowcaseCITRON PASTE
KV ERT SETAPAK
KILIEx 26LOVE THE FUTURE GENERATION: AN E-TOOLKIT TO EMPOWER THE ROLE OF COMMUNITY LEADERS TO PROTECT CHILDREN FROM DRUG ABUSE
Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
KILIEx 26JOM CERITA: Transformasi Literasi Melalui Gamifikasi Digital
SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA
KILIEx 26