Skip to main content
iNEXT

PENGHASILAN PENGESAN VOLTAN PINTAR MENGGUNAKAN SISTEM RADIO FREQUENCY (RF) DAN SISTEM INTERNET OF THINGS (IOT)

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

2 views · Published October 7, 2026

About the Project

Projek ini berasaskan daripada idea punca masalah yang wujud apabila berlaku litar pintas atau trip yang bermasalah untuk mencari punca pada terminal beban melebihi atau tersentuh antara terminal. Hal ini menyebabkan juruteknik menggunakan masa yang lama untuk memastikan terminal atau Miniture Circuit Breaker mana yang digunakan pada beban. Hal ini juga menyebabkan juruteknik menggunakan kos yang tinggi untuk membayar gaji pekerja yang banyak untuk menyelesaikan satu masalah yang berlaku. Oleh itu, Pengesan Voltan Pintar tercipta untuk memudahkan juruteknik dan dapat menjimatkan masa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada pendawaian dan kuasa pada setiap beban yang dikawal oleh setiap Miniture Circuit Breaker didalam kotak fius agihan (KFA). Konsep asal projek ini hanya untuk digunakan pada pendawaian yang menggunakan satu fasa. Selepas membuat banyak penambahbaikan projek ini ditambah dapat digunakan pada tiga fasa. Projek ini jugak boleh digunakan dengan dua cara iaitu menggunakan sistem radio frequency dan sistem iot (Internet Of Things) untuk lebih memudahkan kerja- kerja penyelenggaraan mengesan kawalan kuasa pada setiap Miniture Circuit Breaker.

More from the same competition

Browse Showcase