Skip to main content
KILIEx 26

Poultry Guard

SABK MAAHAD AL-YAHYAWIAH

4 views · Published October 9, 2026

About the Project

Penternakan ayam berskala kecil berdepan pelbagai cabaran seperti cuaca panas melampau, pengurusan bekalan makanan dan air, serta masalah bau dan kehadiran lalat yang boleh menjejaskan kesejahteraan ternakan dan keselesaan komuniti setempat. Berdasarkan pengalaman sebenar seorang ahli kumpulan yang menghadapi masalah kematian ayam ketika cuaca panas serta aduan jiran berkaitan bau reban, inovasi PoultryGuard dibangunkan sebagai penyelesaian penjagaan ayam secara separa automatik yang praktikal dan mampan. Inovasi ini mengintegrasikan sistem semburan air berjadual menggunakan pam dan pemasa (*timer plug*) bagi membantu mengurangkan haba, tangki simpanan air dengan injap pelampung untuk mengawal paras air, pengagih makanan automatik berasaskan pengaturcaraan serta lampu LED solar untuk pencahayaan waktu malam. Larutan Effective Microorganisms (EM) turut digunakan sebagai usaha membantu pengurusan bau dan lalat. Selaras dengan tema *Community Resilience*, PoultryGuard berpotensi meningkatkan daya tahan penternak kecil terhadap cabaran cuaca, mengurangkan kebergantungan kepada pemantauan manual dan menyokong hubungan harmoni dengan komuniti setempat. Inovasi ini mendukung Matlamat Pembangunan Mampan, khususnya SDG 2 (Sifar Kelaparan), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) dan SDG 13 (Tindakan Iklim). PoultryGuard membuktikan potensi integrasi teknologi automasi mudah dalam menyokong penternakan komuniti yang lebih cekap, bertanggungjawab dan mampan. **Kata kunci:** PoultryGuard, automasi, penternakan ayam, Community Resilience, kelestarian, SDG.

More from the same competition

Browse Showcase