Skip to main content
iNEXT

ReVend

SJKT LADANG MARY

1 view · Published October 23, 2026

About the Project

ReVend merupakan inovasi bahan bantu pembelajaran Matematik yang dibangunkan untuk membantu murid Tahap 1 memahami konsep wang melalui pengalaman pembelajaran yang praktikal, interaktif dan menyeronokkan. Inovasi ini tercetus daripada masalah keterbatasan pendedahan murid yang tinggal di kawasan ladang, di mana kemudahan seperti kedai dan pasar raya tidak terdapat berdekatan. Keadaan ini menyebabkan murid kurang berpeluang mengalami situasi membeli-belah sebenar, termasuk mengenal harga barangan, membuat bayaran dan mengira baki wang. Bagi mengatasi masalah tersebut, ReVend dihasilkan sebagai simulasi mesin layan diri yang membawa pengalaman membeli-belah ke dalam bilik darjah. Inovasi ini dibina menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, surat khabar dan tin minuman. ReVend turut dilengkapi dengan wang mainan, Tangan Velcro untuk pengiraan, kad situasi Matematik dan ruang pengiraan bagi menyokong pembelajaran secara hands-on. Pelaksanaan ReVend menggabungkan pendekatan pembelajaran kontekstual, simulasi dan penggunaan bahan maujud. Murid memilih produk, mengenal pasti harga, mengira jumlah pembelian, membuat bayaran dan menentukan baki wang. Aktiviti ini membantu mengukuhkan pemahaman konsep wang, kemahiran tambah dan tolak serta keupayaan menyelesaikan masalah. Selain itu, ReVend menggalakkan penglibatan aktif, meningkatkan keyakinan murid dan memupuk kesedaran tentang kepentingan kitar semula. Kini, ReVend telah siap dibangunkan dan digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran Matematik yang kreatif, praktikal dan bermakna.

More from the same competition

Browse Showcase