STEP
SK NILAI IMPIAN
No views · Published September 29, 2026
About the Project
Inovasi dalam pendidikan khas tidak semestinya memerlukan kos tinggi, sebaliknya boleh dibangunkan melalui kreativiti menggunakan bahan terbuang seperti botol plastik, kertas terpakai dan paip PVC. Kajian ini memperkenalkan Stesen Pintar (STEP), alat bantu pengajaran hasil ilham seorang guru Pendidikan Jasmani Suaian bersama murid, khusus untuk menyokong murid berkeperluan khas (MBK) autisme agar lebih fokus, aktif dan terlibat dalam pembelajaran. MBK autisme sering berdepan cabaran dalam kemahiran motor, koordinasi, ketangkasan serta tumpuan, yang seterusnya menjejaskan hasil pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran melibatkan soal selidik guru, pemerhatian bilik darjah, penilaian tingkah laku dan temu bual separa berstruktur. Seramai lima guru dari tiga negeri (Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor) dipilih melalui persampelan kluster. Dapatan menunjukkan peningkatan dalam kemahiran motor, penglibatan murid, pengurangan masalah tingkah laku serta kelancaran pelaksanaan aktiviti guru. Secara keseluruhan, STEP terbukti menyokong pedagogi inklusif dan menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4). Kajian masa hadapan disaran memperluas penggunaan STEP dalam pelbagai konteks pendidikan khas serta memperkukuh latihan guru berasaskan teknologi bantu.