TAPACOCO TART
KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
1 view · Published October 19, 2026
About the Project
TAPACOCO TART merupakan inovasi pastri yang mengetengahkan tapai ubi dalam bentuk hidangan yang lebih moden. Produk ini menggabungkan adunan shell tart yang dicampur dengan tapai ubi, dihiasi pastry cream yang dicampur bersama gula melaka dan dilengkapkan dengan kelapa parut yang disira bersama gula melaka sehingga kering. Idea ini bertujuan memberikan kelainan kepada cara menikmati tapai ubi yang lazimnya dimakan begitu sahaja. Memandangkan tapai ubi mempunyai tempoh penyimpanan yang terhad dan rasanya boleh berubah jika disimpan terlalu lama, produk ini diperkenalkan sebagai pilihan alternatif yang lebih kreatif. Inovasi ini juga berpotensi memperkenalkan makanan tradisional kepada generasi muda serta meningkatkan nilai komersialnya.