Skip to main content
IRISE27

Cornoforge AI Project

SMK PEREMPUAN LIKAS

No views · Published November 24, 2026

About the Project

Cornoforge AI Project merupakan inovasi pembelajaran yang melibatkan murid dengan penggunaan aplikasi AI menghasilkan e-Book bagi topik sejarah yang sukar atau agak mengelirukan seperti “Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan”.. Isu yang dihadapi oleh murid ialah sukar menguasai peristiwa perjuangan tokoh pemimpin tempatan. Hal ini disebabkan melibatkan ramai tokoh, sebab-sebab dan perkembangan peristiwa yang berbeza. Oleh itu, murid-murid sering keliru dan mengalami kesukaran menjawab soalan. Dapatan awal juga menunjukkan murid-murid tidak pernah menggunakan aplikasi AI untuk menghasilkan e-Book dalam pembelajaran. Oleh itu, penggunaan AI dalam pembelajaran sejarah dilakukan agar murid melalui sesi pembelajaran bermakna dengan menghasilkan e-Book. Justeru, aktiviti ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid terhadap topik “Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan”dan meningkatkan kebolehan murid menggunakan AI dalam pembelajaran dengan menghasilkan bahan pembelajaran kreatif seperti e-Book. Hasil aktiviti ini ialah terdapat peningkatan penguasaan murid berdasarkan pencapaian dalam ujian pasca. Seterusnya, murid berupaya meningkatkan kebolehan menggunakan AI dalam pembelajaran dengan menghasilkan bahan pembelajaran e-Book yang kreatif dan menarik. Selain itu, murid menyatakan penggunan AI menjadikan pembelajaran sejarah menjadi lebih mudah dan menarik. Pendekatan ini selaras dengan Dasar Pendidikan Digital Negara ke arah melahirkan generasi fasih digital berpotensi diaplikasi bagi topik lain dan mata pelajaran lain.

More from the same competition

Browse Showcase