Skip to main content
IRISE27

HISTORY FLIP AND BOARD WRITING

SMK PEREMPUAN LIKAS

No views · Published November 24, 2026

About the Project

istory Flip and Board Writing merupakan inovasi pembelajaran Sejarah yang dibangunkan untuk membantu murid memahami, mengingati dan menghuraikan peristiwa sejarah secara kronologi. Inovasi ini bertitik tolak daripada kesukaran murid memahami urutan peristiwa sejarah serta mengolah fakta dalam bentuk penulisan yang sistematik. Inovasi ini menggabungkan dua komponen utama, iaitu History Flip dan Board Writing. History Flip merupakan bahan pembelajaran bergambar yang memaparkan rentetan peristiwa sejarah secara kronologi bagi membantu murid memahami jalan cerita melalui pendekatan visual. Board Writing pula menyediakan ruang kepada murid untuk menulis semula peristiwa sejarah berdasarkan pemahaman mereka mengikut urutan yang betul. Penggabungan kedua-dua komponen ini membolehkan murid melalui proses melihat, memahami, mengingat dan menulis semula fakta sejarah secara berstruktur. Pendekatan ini turut menggalakkan pembelajaran aktif, meningkatkan penglibatan murid serta mengurangkan kebergantungan kepada kaedah hafalan semata-mata. Inovasi ini berpotensi meningkatkan penguasaan fakta, kemahiran pemikiran kronologi dan kemahiran penulisan jawapan Sejarah. Selain mudah digunakan, bahan ini bersifat fleksibel, boleh digunakan berulang kali dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai tajuk Sejarah. Secara keseluruhannya, History Flip and Board Writing menawarkan pendekatan pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan bermakna dalam usaha meningkatkan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Kata kunci: Inovasi pendidikan, pembelajaran Sejarah, pembelajaran visual, pemikiran kronologi, kemahiran penulisan.

More from the same competition

Browse Showcase